fbpx

Wilshere sedia tinggalkan West Ham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILSHERE (tengah) pernah membuat 34 penampilan antarabangsa bersama England dengan kali terakhir ketika menentang Iceland pada Kejohanan EURO 2016. – AFP

LONDON – Pemain ­tengah West Ham United, Jack Wilshere mahu membuktikan dia masih boleh bersaing di peringkat tertinggi selepas bermain hanya 837 minit dalam 18 perlawanan disebabkan masalah kecederan sepanjang dua musim lalu.

Justeru, Wilshere, 28, bersedia meninggalkan England de­ngan berkelana ke Itali, Sepanyol ataupun Amerika Syarikat selepas West Ham dilaporkan hanya menunggu masa untuk menamatkan kontraknya yang bernilai £100,000 (RM531,657) seminggu.

“Tipulah kalau ada pemain bola sepak mengatakan dia gembira kalau cuma duduk di bangku simpanan. Saya sangat kecewa kerana apa yang saya mahukan adalah peluang bermain.

“Saya berbincang perkara ini dengan pengurus (David Mo­yes) tetapi beliau tidak boleh berjanji dapat memberikan minit permainan kepada saya.

“Saya sendiri tak pasti mengenai masa depan saya. Mungkin saya perlu mencari cabaran baharu di luar England supaya boleh bermain sekurang-kurangnya 15 hingga 20 perlawanan dalam tempoh semusim,” katanya.

Bekas bintang muda Arsenal itu sudah kembali mencapai tahap kecergasan penuh dan turut diturunkan bermain selama 90 minit membantu West Ham menewaskan Hull City 5-1 pada aksi Piala Liga baru-baru ini.

Antara pasukan yang dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Wilshere ialah bekas kelabnya yang kini beraksi dalam saingan Liga Kejuaraan Inggeris, Bournemouth dan wakil Serie A dari Itali, Genoa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI