fbpx

Tinggalkan Hollywood, Gwyneth Paltrow lebih bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GWYNETH PALTROW

SELEPAS mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia lakonan, aktres jelita Gwyneth Paltrow mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap bidang perniagaan yang dijalankan, selain menjadi suri rumah bertanggungjawab.

Menerusi temu bual bersama Sunday Today, wanita berusia 49 tahun itu mengakui tidak pernah sekali pun berasa menyesal dengan keputusan meninggalkan dunia glamor yang selama ini telah sebati dalam hidupnya.

Bahkan Paltrow juga tidak sesekali akan merindui dunia lakonan selepas mengundurkan diri.

“Saya benar-benar tidak merindui bidang lakonan lebih-lebih lagi kemasyhuran dalam dunia glamor,” ujarnya.

Pelakon yang pernah membintangi filem Iron Man itu menambah, selepas meninggalkan dunia lakonan, dia mengakui kehidupannya menjadi semakin baik, sekali gus yakin keputusan yang dibuat itu adalah tepat.

“Ada beberapa produksi meminta saya untuk berlakon semula, namun saya menolaknya secara baik kerana saya sukakan kehidupan sekarang. Hidup saya ternyata lebih tenang dan menggembirakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI