fbpx

Mati ketika ‘merempit’ seperti bunuh diri, tempatnya di neraka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seseorang yang meninggal dunia kerana berlumba motosikal di kawasan yang memudaratkan diri hukumnya seperti membunuh diri.

Menjelaskan perkara itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, kebanyakan yang berlumba adalah sekadar untuk suka-suka dan hanya untuk keseronokan semata-mata.

“Budak-budak kita sekarang berlumba, buang brek, tak pasang lampu malam, meniarap atas motosikal.

“Itu semua haram dan seperti bunuh diri, terus masuk neraka,”katanya.

Azhar berkata, berbeza pula dengan mereka yang berlumba di tempat lapang lengkap dengan pakaian keselamatan serta tiada sebarang halangan seperti kenderaan awam hukumnya adalah makruh.

Tambah beliau, setiap permainan yang bukan sunah adalah makruh.

Namun jelasnya lagi, kebanyakan permainan ketika ini adalah haram kerana tidak mendatangkan faedah kepada seseorang itu contohnya seperti terjun bungee.

“Apabila terjun bungee ini apa yang kita dapat? Dapat seronok sahaja kan? Kalau seronok sahaja maka hukumnya haram kerana ia membahayakan.

“Berbeza dengan seperti kita belajar silat atau taekwando, bila kita kena lembing dan mati itu bukan bunuh diri sebab kita dapat ilmu untuk mempertahankan diri,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI