fbpx

[KEMASKINI] Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumi dalam satu kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Butterworth di sini petang tadi. /FOTO IQBAL HAMDAN

Oleh SITI NUR MAS ERRAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli petang semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Butterworth di sini sebentar tadi.

Jenazah Mohd. Rodhi Othman, 64 dan isteri, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, serta anak mereka, Siti Aishah Mohd. Rodhi,32, suaminya, Ahmad Khomaini Abu, 32 serta anak, Zara Hana Ahmad Khomaini,6, dikebumikan dalam satu kubur kira-kira pukul 2.50 petang.

Suasana hiba menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila kira-kira 500 ahli keluarga dan penduduk setempat turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa.

Terdahulu, waris terdekat turut diberi peluang menatap wajah kelima-lima jenazah sebelum disembahyangkan selepas jemaah selesai menunaikan solat Zohor.

Jenazah lima beranak tersebut sebelum itu tiba di pekarangan masjid berkenaan kira-kira pukul 12.56 tengah hari dengan dibawa menaiki empat van jenazah.

Dalam kejadian jam 3.45 petang semalam, lima sekeluarga terbabit yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza maut selepas bertembung dengan kereta pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux.

Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada pemandu 4WD yang memandu dari arah Gerik ke Jeli, Kelantan yang hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan dinaiki lima sekeluarga tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI