fbpx

Pengurus syarikat cuba ‘suap’ pegawai kerajaan didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jian Yet (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas dakwaan cuba merasuah Ketua Jabatan Penguatkuasaan MBIP.

JOHOR BAHRU – Seorang pengurus syarikat pembekal daging sejuk beku tidak halal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai kerajaan di Pejabat Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pada Februari lalu.

Tertuduh, Ma Jian Yet, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, bapa kepada dua orang anak itu didakwa cuba merasuah Ketua Jabatan Penguatkuasaan MBIP, Raja Abu Bakar Raja Yahya sebanyak RM3,000 di pejabat ejen kerajaan berkenaan pada pukul 11.30 pagi, 28 Februari lalu.

Suapan berkenaan dibuat sebagai dorongan agar pegawai berkenaan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas Syarikat Yean Yean.

Syarikat itu disyaki menjalankan perniagaan tanpa lesen dan gagal mematuhi Notis Memberhentikan Aktiviti Perniagaan dan Menjaja Tanpa Lesen daripada MBIP.

Terdahulu, peguam tertuduh, Chuah Shyue Chien dalam rayuan memberitahu, Jian Yet bekerja di syarikat milik bapanya dan menanggung seorang isteri yang tidak bekerja, dua anak kecil dan ibu bapa yang sudah uzur.

“Tertuduh juga memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM dan juga pegawai penyiasat dengan tidak pernah gagal melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan, selain hadir secara sukarela untuk didakwa,” katanya.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh diberikan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin warga tempatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI