fbpx

Jangka hayat tapak pelupusan sampah MDBG makin panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Razif (tiga dari kanan) menyiram air di salah satu pokok yang ditanam pada Program Pengindahan Taman Awan Menara Tanjak, Batu Gajah semalam. /FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

BATU GAJAH – Jangka hayat tapak pelupusan sampah dibawah Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) berjaya dipanjangkan hasil amalan kitar semula yang diamalkan kira-kira 26 peratus penduduk di sini.

Yang Dipertua MDBG, Mohamad Razif Ramli berkata, kesedaran mengenainya dalam kalangan penduduk di sini dilihat semakin baik ekoran pertumbuhan pesat pusat-pusat kitar semula dan fasiliti-fasiliti pemulihan pada setiap tahun.

“Berdasarkan rekod yang diperoleh dari premis-premis di sini, secara purata kira-kira 26 peratus masyarakat telah mengasingkan sisa pepejal dan ia dihantar ke pusat kitar semula untuk pengasingan, peleraian dan diproses semula.

“Oleh itu, bebanan sampah yang dipungut oleh pihak majlis bagi pelupusan di tapak pelupusan juga dapat dikurangkan, sekali gus jangka hayat operasi tapak pelupusan MDBG dijangka dapat dipanjangkan ke tempoh yang lebih lama,” katanya kepada pemberita ketika hadir program pengindahan Taman Awam Menara Tanjak di sini semalam.

Pada program itu, pihaknya bersama komuniti Batu Gajah termasuk para pelajar dari sekolah-sekolah menengah berhampiran melestarikan Taman Awam Menara Tanjak menanam 1,000 anak pokok hiasan termasuk lima anak pokok jenis balak sumbangan Jabatan Perhutanan.

Mohamad Razif berkata, sebanyak enam sekolah yang terlibat dalam program itu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yussuf, SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, SMK Pusing, SMK Tronoh, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Kwan dan SMK St. Bernadette’s Convent. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI