fbpx

Piala FA : TFC bergaya ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain TFC, Mohd. Faiz Mohd Nasir (kanan) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan pada aksi suku akhir Piala FA menentang Kuching City di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuaal Nerus malam ini.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) mudah melepasi peringkat suku akhir Piala FA dengan menumbangkan Kuching City 4-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan Sang Penyu meloloskan diri ke separuh akhir dan bakal berentap dengan Selangor pada bulan depan.

Beraksi di depan lebih 20,000 penonton, TFC terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 hasil tandukan Mohd. Faiz Nasir yang menerima umpanan Azam Azmi Murad dari sebelah kanan.

Kem tuan rumah begitu pun tersentak apabila pemain Kuching City, Amir Amri Salleh menyamakan kedudukan 1-1 berpunca kesilapan pertahanan import, Argzim Redzovic pada minit ke-43.

Sepuluh minit bersambung babak kedua, Amir Amri sekali lagi mencemaskan TFC namun voli menarik dari luar kotak penalti berjaya diselamatkan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim.

Ketua pasukan, Kipre Tchetche kemudian menamatkan kemarau jaringannya pada minit ke-73 melalui tandukan kemas hasil hantaran Petrus Shitembi dari sebelah kanan.

Kem tuan rumah terus ceria apabila Tchetche yang menerima umpanan Nik Sharrif Haseefy Mohd Lazim bijak menggelecek penjaga gol dan menolak masuk bola untuk gol ketiga pada minit ke-79.

Tonggak Harimau Malaya, Faisal Abdul Halim (m-87) pula melengkapkan kemenangan bergaya 4-1 menerusi sepakan leret dari luar kotak penalti sekali gus mengesahkan tiket TFC ke separuh akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI