fbpx

Piala FA: Selangor mudah jinakkan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brendan Gan menjadi watak penting dalam membantu Selangor FC menewaskan Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu sebentar tadi - Foto ihsan Selangor FC

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk menewaskan Sabah FC 2-0 pada aksi suku akhir Piala FA sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu, skuad Gergasi Merah yang dikendalikan oleb Michael Feichtenbeiner membariskan kesebelasan utama terbaik dengan jentera serangan diketuai oleh Herlison Caion dan Hyuri Henrique.

Meskipun berstatus pasukan pelawat, pasukan Selangor berjaya mendiamkan hampir 20,000 penyokong tuan rumah dengan gol pembukaan seawal minit pertama yang dilakukan oleh Hyuri yang menyudahkan hantaran Brendan Gan.

Namun, skuad tuan rumah yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee berusaha untuk bangkit dengan pemain berpengalaman, Baddrol Bakhtiar dan Amri Yahyah rancak mengatur serangan tetapi gagal membuahkan hasil.

Bersambung pada babak kedua, Selangor semakin agresif untuk melebarkan kelebihan dengan banyak melakukan serangan balas pantas yang menyukarkan benteng pertahanan The Rhinos.

Gol kedua yang dicari akhirnya tiba pada minit ke-80 hasil ledakan Caion yang bijak melakukan rembatan untuk mengelirukan penjaga gol Sabah, Damien Lim dengan keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut menyaksikan Selangor mengesahkan tiket ke peringkat separuh akhir Piala FA musim ini. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI