DUNGUN – Bangkai seekor penyu agar reput ditemui terdampar di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan di sini hari ini.
Bangkai penyu berusia antara 15 hingga 20 tahun itu ditemui pengunjung pantai peranginan tersebut pada pukul 8 pagi.
Pengurus Projek Konservasi Lang Tengah Turtle Watch di Tanjong Jara Resort, Abidah Zaaba berkata, sewaktu dijumpai, bangkai penyu terbabit berada dalam keadaan terikat pada bahagian kepala dan kaki dengan batu-bata.
“Berdasarkan keadaan itu, kami percaya penyu itu mati akibat perbuatan khianat.
“Berdasarkan pengalaman, ia dilakukan nelayan bagi menghilangkan bukti setelah haiwan reptilia tersebut mati akibat termasuk di dalam pukat mereka,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Abidah berkata, perbuatan berkenaan amat kejam dan diperlu dibanteras pihak berkuasa dengan lebih tegas.
Tambahnya, pihaknya percaya penyu yang mereput itu sudah mati sejak lebih seminggu lalu.
“Jantina pula tidak dapat dikenalapsti ekoran ekornya reptilia berkenaan telah reput sepenuhnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE