fbpx

AS bekal senjata lebih RM1 bilion kepada Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera AS berdiri di hadapan Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi M142 (HIMARS) semasa Pertunjukan Pertahanan Dunia pertama Arab Saudi di utara ibu kota Riyadh pada 6 Mac lalu. - AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) meluluskan satu lagi bantuan ketenteraan bernilai AS$270 juta (RM1.2 bilion) kepada Ukraine kelmarin termasuk Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (Himars).

“Russia melancarkan serangan berdarah di seluruh Ukraine dengan membedil pusat beli-belah, bangunan apartmen dan membunuh orang awam yang tidak berdosa.

“Berdepan kekejaman ini, Presiden Joe Biden menegaskan bahawa kita (AS) akan terus menyokong kerajaan dan rakyat Ukraine seberapa lama yang diperlukan,” kata jurucakap White House, John Kirby kepada wartawan.

Bantuan baharu itu akan menyaksikan sistem Himars yang dihantar ke Ukraine meningkat kepada 20.

Kiev menggelar Himars yang boleh memusnahkan sasaran secara tepat dalam jarak 80 kilometer, sebagai senjata utama dalam memerangi Russia.

Pentagon berkata, Ukraine juga akan menerima sehingga 580 Phoenix Ghosts iaitu dron yang meletup apabila mengenai sasarannya.

Bantuan terbaharu itu termasuk 36,000 peluru meriam dan empat kenderaan Pos Perintah yang boleh beroperasi sebagai pusat operasi di medan perang.

Lebih separuh daripada bantuan itu berasal dari pakej untuk Ukraine bernilai AS$40 (RM178 bilion) yang diluluskan Kongres pada Mei lalu.

Awal minggu ini, Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksiy Reznikov menyuarakan harapan AS akan membekalkan sehingga 100 unit sistem Himars kerana berpendapat ia boleh mengubah situasi perang dengan penceroboh Russia.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai kanan pertahanan AS menafikan Russia berjaya memusnahkan empat unit Himars.

Sebaliknya, kata beliau, Russia mengubah taktik bersesuaian dengan realiti peperangan menentang Himars termasuk meningkatkan penggunaan penyamaran. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI