fbpx

Gempa bumi sederhana di Laut Flores

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 skala Ritcher dilaporkan berlaku di Laut Flores, Indonesia.

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 skala Ritcher dilaporkan berlaku di Laut Flores, Indonesia hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 7.6 darjah selatan dan 122.5 darjah timur.

“Kejadian gempa bumi sederhana itu berlaku pada pukul 2.09 petang dengan jarak 312 kilometer barat laut dari Kupang, Indonesia.

“Gempa bumi terbabit dilaporkan berlaku dengan kedalaman 10 kilometer dan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI