PETALING JAYA – Pengambilan ubat parasetamol secara berlebihan dos boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan buang pinggang individu.
Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan menerusi perkongsian di laman sosial memaparkan cara-cara pengambilan dos yang betul bagi ubat tersebut.
“Parasetamol bagi dos orang dewasa sebanyak 500mg atau lapan biji bersamaan 4000mg sehari manakala bagi dos kanak-kanak pula, sebanyak 15mg/kg (sirap parasetamol), 30 mg/kg (parasetamol bontot).
“Kekerapan mengambil parasetamol pula bagi setiap empat hingga enam jam sehari. Ia akan menjadi toksik jika diambil 10g (20 biji sehari),” tulisnya.
Jelasnya, paraasetamol juga sesuai diambil bagi golongan yang berisiko pendarahan, keradangan salur, penghadaman, kanak-kanak, ibu hamil dan menyusu.
“Parasetamol hanya berada dalam badan selama empat hingga enam jam sahaja dan akan disingkirkan dalam badan selepas itu.
“Parasetamol adalah selamat jika diambil dalam dos yang betul,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE