fbpx

Tiupan angin lemah bermula hari ini hingga Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan tiupan angin lemah bagi tempoh tiga hari bermula hari ini hingga Isnin nanti melibatkan negeri-negeri pantai barat dan selatan Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), rantau negara dijangka akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala sehingga 25 Julai ini.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan tempat melibatkan negeri-negeri pantai barat dan selatan Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI