fbpx

Isteri Ayie Floor88 selamat bersalin, timang bayi perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayie dan isteri selamat menimang cahaya mata perempuan sulung yang dilahirkan malam tadi.

PETALING JAYA – Vokalis kumpulan Floor88 iaitu Ayie berkongsi berita gembira selepas isterinya, Tasha Awie selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka iaitu seorang bayi perempuan di salah sebuah pusat perubatan di ibu negara, malam tadi.

Ayie atau nama lengkapnya Nik Fadlee Elhamshah, 25, bersyukur kerana proses bersalin isterinya, Tasha, 23, berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.

“Alhamdulillah berkat doa keluarga dan kawan-kawan semua, isteri saya sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Semuanya okey dan lancar.

“Buat masa ini saya sedang siapkan apa yang patut untuk bayi perempuan kami. Sebarang perkembangan terkini saya akan kongsikan kemudian,” katanya menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Menjengah ruangan komen, kehadiran insan baharu itu disambut dengan ucapan tahniah oleh peminat termasuk kenalan artis.

“Tahniah Ayie dan isteri,” kata pengacara dan juga pelawak Sherry Alhadad.

“Alhamdulillah tahniah Ayie,” ujar pelakon Eyra Hazali.

“Alhamdulillah tahniah Ayie dan isteri. Semoga semuanya dipermudahkan hingga hujung nyawa. Amin,” doa seorang peminatnya.

Terdahulu, Ayie yang berasal dari Sabah itu mendirikan rumah tangga bersama Tasha pada 21 Oktober tahun lalu. Dua bulan selepas itu, mereka berkongsi berita mengenai kehamilan isterinya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI