fbpx

Gulai kawah istimewa sempena Program Bekwoh Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saadi (tiga dari kanan) sedang menyiapkan gulai kawah pada Program Bekwoh Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Kompleks YKK, Peringat dekat Kota Bharu hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Gulai kawah yang merupakan menu tradisi rakyat di negeri ini dihidangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Program Bekwoh sempena Jelajah Aspirasi Jelajah Keluarga Malaysia di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Ketereh di sini hari ini.

Hidangan air tangan 30 tukang masak turut dinikmati oleh Ismail Sabri bersama pemimpin dan penduduk yang hadir ke majlis berkenaan.

Ketua Unit Penyediaan Gulai Kawah, Saadi Deraman, 65, berkata, sebanyak 11 kawah gulai disediakan kepada tetamu yang hadir pada program berkenaan hari ini.

“Kerja-kerja penyediaan ini telah dilakukan bermula petang semalam melibatkan aktiviti menyembelih tiga ekor lembu, melapah dan memotong daging.

“Kerja-kerja memasak gulai kawah pula dilakukan oleh kira-kira 30 tukang masak bermula pukul 7 pagi dan selesai pada pukul 10 pagi tadi,” katanya.

Saadi berkata, kerja-kerja memasak dilakukan oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang katering dan penyediaan makanan.

Katanya, mereka cukup bertuah kerana berpeluang menyediakan menu utama iaitu gulai kawah dalam acara besar bersama pemimpin utama negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI