fbpx

Ilmu pecahkan tembok jualan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINUL MARDIAH (depan, dua dari kanan) bersama pasukan Mutiara Bersatu Wet Kitchen Sdn. Bhd.

GEORGE TOWN – Tanpa ilmu dan strategi pemasaran yang betul, adalah sukar untuk mendapatkan walaupun satu pesanan pelanggan, jelas Pengasas Bersama Mutiara Bersatu Wet Kitchen Sdn. Bhd., Ainul Mardiah Abdul Kudus.

Katanya, persaingan dalam persekitaran perniagaan mencabar hari ini memerlukan peniaga memiliki ilmu dan berani melakukan transformasi.

“Dari berniaga di pasar, kami menawarkan perkhidmatan menghantar barang basah ke rumah, bahkan membangunkan aplikasi Mutiara Bersatu.

“Idea itu tercetus kerana saya tertarik dengan perkongsian Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman supaya beralih kepada platform digital sewaktu mengikuti program Millionaire Marketing Mastery (MMM) pada 2017,” ujarnya.

Menyedari kepentingan ilmu, wanita ini mengambil keputusan menyertai program permentoran Spire pada tahun yang sama.

Tambahnya, sebelum mendapat bimbingan RichWorks, jualan syarikat tersekat pada sekitar RM2 juta hingga RM3 juta setahun.

Setelah mengikuti program mentoring Titanium pada Oktober 2020, jualan meningkat kepada RM8.7 juta tahun lalu dan Ainul Mardiah menyasarkan jualan RM15 juta tahun ini.

Maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan boleh didapati di aplikasi Mutiara Bersatu (ketika ini khidmat penghantaran hanya di sekitar Pulau Pinang) menerusi Google Play dan App Store.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI