fbpx

CoopMart import ayam beku mulai September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

KUALA SELANGOR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi kedai koperasi atau CoopMart dijangka akan mengimport bekalan ayam beku dari luar negara bermula September depan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pelaksanaan pengimportan dan pengedaran barangan keperluan asas itu bagi memastikan keperluan pengguna mencukupi.

Noh ( depan tengah) selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PPK Tanjong Karang. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

Katanya, perkara itu sudah dibawa dalam mesyuarat kementerian dan turut diumumkan pada sidang Parlimen, kelmarin.

“Kita kini dalam proses membawa ayam luar (import) untuk membantu menyelesaikan kenaikan harga ayam di pasaran.

“KUSKOP sudah mengenal pasti beberapa negara untuk pembekalan ayam beku import itu dan pembungkusan akan menggunakan logo CoopMart,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Karang di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang di sini, petang tadi.

Jelas Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, harga ayam beku import semestinya akan dijual berpatutan berbanding harga ayam segar.

“Pengguna mempunyai banyak pilihan dan harga yang ditawarkan CoopMart jauh lebih murah termasuk gula, minyak masak, tepung dan beras,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI