fbpx

Cuaca buruk kerap berlaku mulai September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca buruk melibatkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku lebih kerap mulai September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, perkara itu disebabkan kejadian Peralihan Monsun yang biasanya bermula pada penghujung September sehingga awal November nanti.

Katanya, dalam tempoh berkenaan, cuaca buruk akan lebih tertumpu kepada kawasan barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah dan barat serta tengah Sarawak.

“Ia juga biasanya berlaku terutama pada petang hingga awal malam,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Bagaimanapun, jelasnya, bagi bulan Julai dan Ogos, hujan yang turun adalah tidak begitu lebat ekoran Monsun Barat Daya (MBD) kembali aktif.

“Perkara ini menyebabkan hujan hanya turun di satu dua tempat sahaja manakala semasa Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur, barat Sarawak dan timur Sabah pula terdedah kepada hujan berterusan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI