fbpx

Beli rumah di Melaka sementara masih murah – Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULAIMAN Md. Ali (kanan) melihat model rumah dipamerkan pemaju yang mengambil bahagian dalam Mapex 2022 di Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA – Harga rumah di negeri ini berdepan risiko kenaikan pada masa depan susulan peningkatan kos bahan binaan yang mencecah sehingga 40 peratus.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, buat masa ini projek perumahan yang sedang dibina masih lagi mengekalkan harga lama, justeru orang ramai diseru mengambil peluang itu sebaiknya.

Menurutnya, purata harga rumah di Melaka bagi suku pertama 2022 adalah RM206,262 iaitu paling rendah di negara ini berbanding negeri-negeri lain.

“Jika dibandingkan negeri lain, harga rumah teres di Melaka adalah RM181,428 dan ini membuktikan kita mempunyai harga rumah paling rendah dengan indeks purata harga setiap unit rumah di negeri ini adalah RM183,203.

“Harga masih lagi kekal bagi rumah yang sedang dalam pembinaan tetapi saya tidak berani cakap akan berlaku kenaikan pada masa depan akibat kenaikan kos bahan binaan yang mencecah sehingga 40 peratus,” katanya dalam sidang akhbar Ekspo Perumahan dan Hartanah Melaka (MAPEX) 2022 di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Sulaiman, Kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPM) telah merekodkan pembangunan sebanyak 44,912 unit rumah mampu milik bagi tempoh 2020 hingga 2025.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 32,844 unit rumah mampu milik dibangunkan oleh agensi kerajaan negeri dan pihak swasta, manakala sebanyak 12,068 unit juga sedang dibangunkan agensi kerajaan Persekutuan,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI