fbpx

Pelanggan tawar RM50 suruh urut alat kelamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ramai kaum wanita menjadi sasaran lelaki ‘gatal’ tidak kira ketika berada di kawasan tumpuan ramai atau bersendirian.

Bercerita mengenai pengalaman gelap itu, seorang pengguna media sosial, Ren berkongsi kisah dimana dia pernah diganggu oleh seorang pelanggan lelaki ketika sedang bekerja di sebuah pusat rawatan kecantikan.

Menurut Ren, pada awalnya lelaki berkenaan berkunjung ke premis untuk mendapatkan khidmat mengurut.

Namun, dia terkedu apabila secara tiba-tiba pelanggan berkenaan meminta untuk mengurut alat kelaminya dengan bayaran tambahan RM50 sehingga cuba memujuknya beberapa kali walaupun telah ditolak dengan tegas.

Dalam pada itu, gadis tersebut mengakui dia berasa trauma dengan insiden yang berlaku kerana ia merupakan pengalaman pertama diganggu pelanggan gatal seperti itu.

Perkongsian gadis tersebut mendapat pelbagai reaksi oleh orang ramai dan rata-ratanya turut menasihatkan para gadis dan kaum wanita di luar sana untuk sentiasa berhati-hati dengan mana-mana lelaki yang tidak dikenali.

“Ramai lelaki bertopeng manusia, ingat untuk sentiasa berhati-hati, kadang itu tempat orang ramai pun mereka berani buat bukan-bukan,” pesan seorang pengguna.

“Pekerja spa ini memang banyak cabaran, pelbagai ragam pelanggan yang datang, memang ada yang datang untuk ambil kesempatan dan minta yang pelik, ingat rumah pelacur ke apa,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI