fbpx

Guru matematik bina kereta solar pertama di Kashmir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilal Ahmad menghabiskan dua jam sehari sejak 2009 untuk membina kereta idamannya. - basiitzargar/ Twitter

NEW DELHI – Seorang guru di wilayah Kashmir milik India berjaya membina sebuah kereta solar pertama setelah berusaha selama 13 tahun, lapor laman berita Wion News kelmarin. 

Bilal Ahmad yang merupakan seorang guru matematik, mula membina kereta solar di Lembah Kashmir pada tahun 2009. Dia berhasrat membina kereta solar yang boleh dibeli oleh bukan sahaja golongan kaya tetapi juga rakyat biasa.

Bilal meluangkan masa dua jam setiap hari selama lebih satu dekad untuk membina kereta solar dengan menggunakan wang­nya sendiri.

Menurutnya, sekarang adalah masa yang sesuai untuk melancarkan kereta solar di pasaran India.

Sepanjang tempoh tersebut, Bilal membelanjakan kira-kira 1,500,000 rupee (RM83,670) untuk membina kereta tersebut. Katanya, kereta itu boleh dibina dengan kos 1,000,000 rupee (RM55,781) jika semuanya berjalan lancar mengikut perancangannya.

Selepas kejayaan pandu uji di Srinagar, banyak pengeluar kereta India menghubunginya untuk mengusahakan projek tersebut.

“Semangat saya telah dirangsang oleh syarikat-syarikat besar yang mendekati saya. Saya tahu kerja keras saya tidak akan sia-sia.

“Saya menghabiskan begitu banyak masa untuk membina kereta ini. Ia adalah kereta mesra alam dengan pencemaran sifar. Ia adalah kereta untuk masa depan,” katanya.

Kereta solar gear automatik yang dibina oleh Bilal menampilkan kebanyakan bahagiannya ditutup dengan panel solar untuk memastikan janaan tenaga maksimum supaya kenderaan itu bergerak dengan lancar. –Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI