SHAH ALAM – Telefon bimbit bekas pembaca berita, Zalina Shaharah Azman dikesan aktif kali terakhir pada 20 November tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tarikh tersebut adalah empat hari sebelum anak lelakinya cuba menghubungi Zalina.
“Kalau anaknya tidak cuba telefon, kita pun tidak tahu dia hilang.
“Berkemungkinan Zalina telah hilang lebih awal dan semakan mendapati pada 20 November telefonnya telah dimatikan.
“Sama ada kerana sudah habis bateri, itu tidak dapati dipastikan,” katanya di sini hari ini.
Kosmo! sebelum ini melaporkan kehilangan Zalina sejak 8 bulan terus menjadi misteri apabila tiada petunjuk baharu mengenainya sehingga kini. – KOSMO!ONLINE