fbpx

Bandar di England kurangkan had laju di kawasan perumahan kepada 32 km/j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANDAR Witney akan menurunkan had laju di kawasan perumahan kepada 32 km/j menjelang akhir tahun ini. – Oxfordshire Live / Darren Pepe

LONDON – Seminggu selepas Wales memutuskan bahawa had laju di semua kawasan perumahan akan diturunkan kepada 32 kilometer perjam (km/j) mulai tahun depan, sebuah bandar di Oxfordshire menjadi pertama di England untuk mengikutinya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Berpuluh-puluh jalan dengan had laju 48 km/j di bandar Witney, Oxfordshire akan diturunkan kepada 32 km/j berikutan kelulusan semalam.

Ketua Majlis Daerah Oxfordshire, Liz Leffman memberi memberi kebenaran kepada langkah itu dengan peraturan tersebut dilaksanakan menjelang akhir tahun ini manakala papan tanda baharu bakal didirikan.

Walaupun Witney menjadi bandar pertama yang mempunyai had laju 32 km/j, daerah Islington di London telah melaksanakan peraturan sama sedekad lalu dengan menurunkan had laju 48 km/j pada 2012. Bandar Camden melakukan perkara yang sama setahun kemudian.

Anggota Majlis Daerah Oxfordshire, Andrew Gant menyifatkan langkah itu sebagai ‘detik mercu tanda’. 

Menurut Gant, pihak berkuasa merancang untuk membelanjakan sehingga £8 juta (RM42.6 juta) dalam tempoh tiga tahun untuk melaksanakan peraturan had laju yang dikurangkan.

“Witney ialah projek pertama dan terbesar pernah kami laksanakan dalam fasa program ini,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI