SIAPA yang tidak kenal dengan anak dara Rozita Che Wan atau Che Ta, Aaisyah Dhia Rana?
Akhir-akhir ini, Aaisyah menuai perhatian ramai apabila beraksi persis seorang model dalam satu sesi fotografi bersama ibunya.
Menggayakan busana masyarakat India iaitu lehenga berwarna merah keemasan, Aaisyah ternyata menjiwai watak dan menunjukkan riak wajah seperti model berpengalaman sedangkan dia baru berusia lapan tahun.
“Anda lihat semasa penggambaran, kami suruh cari dan beri emosi sedih, laju saja dia dapatkannya. Tidak tahulah dia belajar dari mana,” kata Che Ta.
Gelagat comel Aaisyah meraih ribuan komen yang rata-rata memuji kecantikannya persis pelakon Bollywood.
“Seperti Preity Zinta, comel sangat Aaisyah,” puji netizen.
“Ke mana tumpahnya kuah jika bukan pada nasi. Tak boleh cari makan ibunya nanti,” seloroh seorang pengikut Instagram Che Ta.
Video yang dikongsi Che Ta dalam Instagramnya meraih lebih 333,000 tontonan dan 16,000 tanda suka.