fbpx

Lelaki tembak mati isteri buka aib cerai di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sania ditembak bekas suami yang berang kisah perceraian mereka dimuat naik di laman TikTok. - Twitter

CHICAGO – Seorang wanita di bandar raya Chicago, negeri Illinois ditembak mati oleh bekas suaminya selepas bertindak mendedahkan butiran perceraian mereka secara terbuka di laman TikTok, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Suspek yang bernama Raheel Ahmad dan tinggal di negeri Georgia,  pergi ke rumah  isterinya, Sania Khan di Near North Side pada Isnin lalu dengan niat membunuh selepas melihat video pendedahan tersebut sebelum bertindak membunuh diri.

Seorang pegawai memberitahu bahawa Raheel dan Sania yang masing-masing berusia 29 tahun,  sedang menjalani proses perceraian, namun dua rakan mangsa menyatakan kepada  akhbar Chicago Sun Times bahawa perceraian mereka dimuktamadkan dua bulan lalu.

Anggota polis menemui mangsa dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran pintu kediaman  dengan luka di belakang kepala dan darah kering pada wajahnya. 

Laporan lain menyatakan bahawa polis menjumpai mayat Raheel di dalam bilik tidur kediaman mangsa dengan kesan tembakan di kepala, pistol di tangannya dan nota bunuh diri.

Menerusi video yang dimuat naik Sania di laman TikTok, dia secara terbuka berbicara soal perceraiannya dengan Raheel.

“Memang menyakitkan untuk meninggalkan seseorang yang pernah anda cintai. Tetapi lebih menyakitkan untuk mencintai seseorang yang tidak menjaga hati anda,” demikian kata Sania dalam video tersebut.

Rakan-rakan terdekat mangsa telah menubuhkan kutipan dana di laman web GoFundMe untuk membantu membiayai proses pengebumian Sania. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI