fbpx

‘Kacang ketot’ versi suara emas persis P. Ramlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO TikTok Radhi yang tular menyanyikan lagu Kacang Ketot.

JIKA anda pengguna tegar aplikasi TikTok, pasti menyedari kewujudan lagu dodoi Kacang Ketot nyanyian seorang kanak-kanak yang tular baru-baru ini.

Meraih perhatian ramai, lagu dodoi tersebut sekali lagi tular apabila seorang jejaka bernama Muhammad Radhi menyanyikan lagu tersebut sambil mendukung anaknya.

Menariknya, dia mengubah irama dan suaranya saling tidak tumpah seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Video yang dimuat naik oleh pemilik akaun @bamlie890 itu meraih jutaan tontonan dan ribuan pujian malahan ada yang terpukau dengan suara milik Radhi.

“Tersenyum sendiri apabila mendengar suara mirip P. Ramlee,” komen netizen.

“Sedapnya suara, terbaik, suara pelapis seniman negara,” puji netizen.

Difahamkan Radhi pernah menyertai pertandingan Bintang P. Ramlee Kebangsaan pada tahun 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI