fbpx

Darwin Nunez mula tutup mulut pengkritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
nunez (kanan) berjaya meledak empat gol ketika Liverpool membenam Leipzig 5-0 pada aksi persahabatan. – AFP

LEIPZIG – Penggempur baharu Liverpool, memiliki cara tersendiri untuk menutup mulut para pengkrtitiknya apabila meledak empat gol ketika membantu pasukan itu membenam RB Leipzig 5-0 pada aksi persahabatan biarpun dimasukkan pada separuh masa kedua.

Nunez yang dibeli dari Benfica dengan nilai £64 juta (RM341.67 juta) dikecam hebat sebelum ini apabila gagal mempamerkan aksi terbaik ketika menentang Manchester United dan Crystal Palace sehingga dilabel sebagai pembelian yang tidak berbaloi.

Bagaimanapun, dia pantas memberikan respons mengenai kritikan berkenaan apabila mempamerkan aksi memukau pada perlawanan berkenaan bermula dengan menyempurnakan sepakan pe­nalti pada minit ke-48 dan menambah tiga lagi gol pada minit 51, 68 dan 90.

Pada aksi berkenaan, Moha­med Salah terlebih dahulu mele­takkan Liverpool di hadapan apabila membuka tirai jaringan pada minit kelapan.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp nyata menjadi individu paling lega dengan persembahan yang dipamerkan oleh Nunez dan percaya bahawa ia adalah cara yang paling tepat buat pemain itu untuk menjawab segala kritikan.

“Ia adalah cara yang paling betul untuk Nunez menghentikan segala perbincangan mengenai dirinya.

“Ramai sering menganggap apabila kita membayar sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan pemain, mereka mestilah terus beraksi dengan baik tanpa sebarang tekanan.

“Mereka juga adalah manusia biasa dan sentuhan pertama selalunya tidak sempurna. Ge­nerasi pemain sekarang membaca media sosial, ia sebenarnya tidak baik, tetapi mereka me­lakukannya.

“Ia menyebabkan ada ketikanya tulisan dan pandangan itu memberi kesan kepada mental dan perasaan sehingga mengganggu persembahan.

“Saya percaya bahawa Nunez adalah seorang penyerang yang berbeza berbanding apa yang kami ada atau kami miliki sebelum ini. Dia adalah seorang pemain yang baik.

“Apa yang telah dilakukan malam ini sangat sempurna, sudah tentu ia permulaan yang baik untuk dirinya bersama Li­verpool,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI