fbpx

Memphis Depay buka jalan buat Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEPAY dikaitkan dengan kepulangan ke Old Trafford selepas Barcelona bersedia melepaskan khidmatnya. – TWITTER BARCELONA

LAS VEGAS – Penyerang Barcelona, Memphis Depay dilaporkan telah menolak peluang untuk menyertai Tottenham Hotspur dan masih belum membuat keputusan berhubung pasukan baharu bakal disertainya selepas ini.

Menurut laporan portal Sepanyal, Football Espana, antara faktor Depay, 28, enggan menyertai Spurs adalah disebabkan kesukaran kelab dari utara London itu untuk memenangi mana-mana kejuaraan.

Difahamkan, The Catalans bersedia untuk melepaskan Depay dalam jendela perpindahan kali ini dengan harga bernilai £17 juta (RM90.65) disebabkan masalah kewangan kelab tersebut.

Keengganan menyertai Spurs kini membuka peluang buat Manchester United untuk membeli semula kapten Belanda itu bagi menyelesaikan masalah di bahagian serangan The Red ­Devils.

Depay pernah mengharungi detik sukar sepanjang 18 bulan bersama United apabila sekadar meledak tujuh gol daripada 53 penampilan sebelum dia dijual kepada Lyon pada 2017.

Kehadiran Erik Ten Hag sebagai pengurus United ketika ini mungkin boleh mengubah situasi tersebut sekiranya Depay kembali semula ke Old Trafford.

Sebagai rekod, Depay hampir pasti akan dijual selepas dikatakan tiada dalam perancangan Ketua Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez.
Barcelona baru sahaja mendapatkan penggempur utama Bayern Munich, Robert Lewandowski.

Bukan itu sahaja, Xavi juga lebih gemar untuk menggunakan jentera serangan seperti Raphinha, Pierre-Emerick Aubameyang dan Ousmane Dembele, sekali gus menyaksikan tiada tempat buat Depay di Camp Nou. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI