fbpx

Jesse Lingard buat kejutan pilih sertai Nottingham Forest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LINGARD menandatangani kontrak lumayan selama 12 bulan bersama Forest dengan pilihan lanjutan kontrak. – TWITTER NOTTINGHAM FOREST

NOTTINGHAM – Bintang bua­ngan Manchester United, Jesse Lingard mendapat durian runtuh apabila menandatangani kontrak berjumlah £200,000 (RM1.06 juta) seminggu bersama Nottingham Forest.

Situasi itu sememangnya mengejutkan ramai pihak kerana Lingard, 29, memilih pendatang baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) berbanding menyertai West Ham United yang akan ber­aksi dalam saingan Eropah musim depan.

Biarpun menyertai Forest secara percuma, tetapi kelab yang dinaikkan pangkat daripada Liga Kejuaraan England itu telah berbelanja lebih daripada £70 juta (RM373.27) menandatangani sembilan pemain baharu.

“Ada ramai pemain yang bagus ditawarkan kepada anda. Kami memilih pemain yang benar-benar sesuai dengan corak permainan, budaya dan suasana dalam pasukan ini.

“Kesemua pemain yang kami boleh dikatakan melengkapi antara satu sama lain. Saya percaya kami boleh berada pada landasan yang tepat nanti,” kata pengurus pasukan itu, Steve Cooper.

Difahamkan, Lingard menandatangani perjanjian 12 bulan bersama Forest dengan pilihan tawaran kontrak lanjutan sekiranya berjaya memikat hati Cooper sepanjang musim baharu nanti.

Peluang beraksi dalam kese­belasan utama dikatakan antara sebab Lingard memilih Forest dalam usahanya untuk kembali tersenarai mewakili England pada Piala Dunia Qatar 2022 hujung tahun ini.

Lingard dijangka turun membuat debut bersama dua kali juara Eropah itu dalam aksi persahabatan menentang kelab Jerman, Union Berlin di Stadium Alte Forsterei malam ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI