fbpx

Mike Tyson percaya kematiannya sudah dekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TYSON merasakan hidupnya hampir tamat. - AFP

WASHINGTON – Legenda tinju dunia, Mike Tyson percaya kematiannya akan berlaku tidak lama lagi selain mendedahkan mengenai masalah kewangan bersama isterinya walaupun bergelar jutawan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Bercakap dalam audio siar (podcast) Hotboxin bersama Mike Tyson, bekas juara heavyweight berusia 56 tahun itu memberitahu ahli terapi trauma dan ketagihan, Sean McFarland bahawa dia merasakan hidupnya hampir tamat.

“Kita semua akan meninggal dunia satu hari nanti. Apabila melihat cermin, saya melihat bintik-bintik pada muka.

“Saya berkata: Wah, Ini bermakna tarikh tamat tempoh (kematian) saya semakin hampir, tidak lama lagi,” kata Tyson.

Dalam perbualan mereka, Tyson menyatakan bahawa wang tidak bermakna untuknya kerana ia menawarkan jaminan yang palsu.

“Saya selalu memberitahu orang lain bahawa apabila anda mempunyai banyak wang, anda tidak boleh mengharapkan sesiapa untuk menyayangi anda.

“Anda percaya anda tidak terkalah apabila mempunyai banyak wang? Itu tidak benar,” tambahnya.

“Ia tidak bermakna anda tidak akan mendapat penyakit atau dilanggar kereta. Bolehkan wang menyelamatkan anda sekiranya anda terjun dari jambatan?,” soalnya.

Tyson menyertai pertarungan profesional pertamanya pada 1985 dengan menewaskan Hector Mercedes ketika berumur hanya 18 tahun.

Tyson pernah menjalani hukuman penjara selama tiga tahun selepas didapati bersalah merogol seorang remaja, Desiree Washington pada Julai 1991. 

Tyson mengisytiharkan dirinya muflis pada 2003 walaupun memperoleh lebih AS$30 juta (RM133.62 juta) untuk beberapa pertarungan dan AS$300 juta (RM1.34 bilion) sepanjang kerjayanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI