PETALING JAYA – Merokok dan menghisap vape adalah tabiat yang tidak bermoral dan tidak patut dicontohi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ketagihan rokok dan vape perlu dihentikan.
“Bertindak sekarang sebelum terlambat. Selamat generasi akan datang,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Noor Hisham turut berkongsi satu berita lama mengenai seorang wanita memberi tiga kanak-kanak hisap vape pada tahun 2015.
Rakaman video perbuatan wanita tersebut ketika itu tular di media sosial dan menerima kecaman hebat netizen. – KOSMO! ONLINE