fbpx

Selangor tidak naik cukai taksiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ng Sze Han

SHAH ALAM – Kerajaan negeri menetapkan tiada sebarang kenaikan cukai taksiran kepada rakyat negeri yang masih berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi masa ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, keputusan itu dicapai menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) pada 13 Julai lalu.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius isu kenaikan harga barang dan inflasi makanan yang semakin tinggi.

“Kerajaan negeri akan terus memberi fokus untuk menggerakkan kembali ekonomi Selangor melalui pelbagai program pembangunan sumber manusia dan rangsangan menarik masuk pelaburan ke Selangor agar peluang pekerjaan terus meningkat.

“Rancangan Selangor Pertama (RS-1) juga sedang dirangka, dengan fokus untuk memacu pertumbuhan ekonomi demi merealisasikan kehidupan rakyat Selangor yang lebih mampan dan lestari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, kadar cukai taksiran di Selangor antara 1 hingga 14 peratus mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing dengan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) antara PBT paling lama tiada kenaikan itu kira-kira 37 tahun.

Mengulas lanjut, Sze Han berkata, sebarang keputusan untuk menguatkuasakan semakan nilaian baharu cukai taksiran oleh PBT akan mengambil kira keadaan hidup dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

“Di samping itu, inisiatif kebajikan Negeri seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 juga sedang dilaksanakan untuk membantu 30,000 keluarga B40 melibatkan peruntukan sebanyak RM108 juta,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI