fbpx

Kanak-kanak dipukul guna batang penyapu, penyangkut baju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang wanita didakwa memukul seorang kanak-kanak ketika sedang makan.

PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman memaparkan tindakan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak dengan menggunakan batang penyapu serta penyangkut baju ketika sedang makan.

Insiden tersebut ternyata mendapat kecaman hebat orang ramai dan rata-ratanya mendesak pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap individu terlibat kerana ia dipercayai penderaan terhadap kanak-kanak.

Menerusi perkongsian beberapa pengguna di media sosial, difahamkan kejadian tersebut berlaku di Eco Majestic, Semenyih dan kanak-kanak terbabit merupakan anak angkat kepada wanita itu.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai berhubung video tular tersebut.

“Ambil tindakan segera, kanak-kanak itu baru berusia tiga tahun, dipukulnya guna batang penyapu dengan mulut kanak-kanak itu pun penuh makanan, nak tegur makan pun, bukan begini caranya,” ujar seorang pengguna.

“Masa nak ambil anak angkat, dikatanya sayang, kesian, bila dah jaga, kau buat macam bintang, suka hati pukul sampai lebam, bengkak satu badan budak itu,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI