fbpx

Guru lelaki didakwa cabul pelajar ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LANGKAWI – Polis menahan seorang guru sebuah sekolah kebangsaan bagi membantu siasatan kes cabul seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada ibu mangsa mendakwa anaknya dicabul seorang guru lelaki berusia 48 tahun pada pagi semalam.

“Susulan laporan itu, menahan suspek pada tengah hari, hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, suspek direman selama seminggu bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Semua pihak diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI