fbpx

UMNO hormati keputusan ADUN-ADUN GRS pilih Hajiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau menghormati keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memilih Datuk Seri Hajiji Mohd. Nor sebagai calon Ketua Menteri Sabah.

Katanya, beliau pada awalnya menegaskan agar jawatan Ketua Menteri Sabah diserahkan kepada UMNO sebagai parti individu yang memenangi jumlah kerusi DUN terbesar dalam GRS.

Bagaimanapun, beliau dimaklumkan tentang keputusan tersebut (memilih Hajiji) oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin setelah kesemua ADUN GRS yang menang selesai berunding.

“Keputusan itu diambil demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangkan setelah diabaikan Kerajaan Warisan sebelum ini.

“Saya hormati keputusan tersebut atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah dipersetujui bersama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, beliau berharap agar kerajaan yang dibentuk itu dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membela kepentingan rakyat Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Akujanji GRS. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI