fbpx

Isteri pertama ‘bersanding’ bersama suami dan isteri kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketiga-tiga mereka duduk di atas kerusi pelamin sambil tersenyum. – TikTok @lia.sugiandi

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita yang didakwa isteri pertama,  duduk di atas kerusi pelamin bersama suami dan isteri baharu lelaki berkenaan, lapor laman berita Berita Hits semalam.

Berdasarkan video tersebut, isteri pertama duduk di sebelah suaminya dengan tersenyum sambil memangku anak mereka yang masih bayi.

Sementara suaminya yang menjadi pengantin pula,  duduk di tengah-tengah bersebelahan isteri kedua.

Ketiga-tiga mereka tersenyum sambil memakai baju berona ungu.

“Isteri tua berada pada majlis perkahwinan suami dengan isteri muda,” demikian menurut keterangan pada hantaran itu.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Sekuat mana pun hati seorang wanita, pasti hati kecilnya tetap menangis,” kata seorang pengguna media sosial.

“Tabah betul hatinya. Sambil menguruskan bayi, suami pula bermesraan dengan isteri kedua. Tidak dapat dibayangkan,” kata seorang lagi pengguna media sosial. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI