fbpx

Wanita miliki lengan ‘sado’ tarik perhatian netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lengan Klopchin bengkak selama-lamanya disebabkan oleh keadaannya sejak dilahirkan. - YouTube/truly

WASHINGTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) dilahirkan dengan keadaan yang menyebabkan salah satu tangannya membengkak, manakala netizen di media sosial meminta dia memotongnya, lapor akhbar New York Post semalam.

Olivia Klopchin, 18, dari Springfield, Vermont disahkan mengalami kecacatan vaksular pada usia dua bulan selepas keluarganya melihat kesan lebam pada sikunya sejak lahir.

Keadaan itu berpunca daripada pertumbuhan saluran sarah yang tidak normal. Ia menyebabkan perubahan warna atau bonjolan pada bahagian lengan yang terjejas.

Lengan dan tangannya membengkak dengan warna kulit kelihatan sedikit berubah dan lebam. Bagaimanapun, ia masih berfungsi sepenuhnya.

Klopchin kerap kali menyiarkan tentang kehidupan dan keadaannya di laman TikTok. 

Dalam satu klip video yang ditonton lebih 2.4 juta kali, Klopchin membalas komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen.

“Orang ramai lebih suka anda hilang anggota badan yang berfungsi sepenuhnya kerana mereka tidak rasa ia menyenangkan,” kata seorang netizen.

“Anda akan kelihatan lebih baik tanpa itu,” komen netizen lain. 

Klopchin berkata, dia mendapat reaksi berbeza dengan sebilangan netizen memberitahu betapa cantiknya dia dan mengagumi keyakinannya, manakala yang lain cuba menjatuhkannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI