fbpx

Lelaki bunuh 5 ahli keluarga ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengawasi lokasi berhampiran dengan rumah di mana kejadian tebusan berlaku di Douvres, kelmarin. – AFP

DOUVRES, PERANCIS – Seorang lelaki berusia 22 tahun ditembak mati selepas membunuh lima ahli keluarganya dalam drama tebusan di sebuah perkampungan di Douvres, Perancis, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Menurut beberapa laporan, suspek memakai jaket kalis peluru dan bersenjatakan raifal serta pedang.

Datuk Bandar Douvres, Christian Limousin berkata, suspek membunuh bapa­nya, ibu tiri, adik perempuan dan dua adik tirinya sebelum ditembak mati oleh pasukan khas Perancis, CIGN.

Beliau mengesahkan bahawa penyerang merupakan anak kandung mangsa daripada perkahwinannya yang  terdahulu.

Polis dimaklumkan mengenai insiden tebusan pada pukul 11.30 malam (waktu tempatan), Selasa lalu dan cuba berunding dengan suspek sebelum CIGN tiba sejurus sebelum pukul 7 pagi kelmarin.

Lebih 100 anggota pasukan keselamatan dikerahkan ke lokasi kejadian, demikian menurut  beberapa laporan.

Rundingan panjang berlangsung sebelum suspek terpaksa ditembak pada waktu tengah hari.

“Ketika berunding selama beberapa jam pada waktu malam dan pagi kelmarin, polis cuba menghubungi suspek yang enggan menjawab panggilan telefon atau berhubung terus dengan perunding,” kata pendakwa raya bandar Bourg-en-Bresse, Christophe Rode.

Sementara itu, sumber memberitahu agensi berita AFP bahawa anggota-anggota  CIGN terpaksa menembak suspek disebabkan risiko bahaya yang mungkin berlaku.

Sebahagian daripada kawasan kampung tersebut masih ditutup dan rumah yang menjadi lokasi kejadian dipenuhi oleh anggota polis, lapor media tempatan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI