fbpx

Glasier cair Greenland mampu menyebabkan seluruh Virginia Barat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bot yang membawa pelancong bergerak di antara bongkah ais yang terapung di Teluk Disko, Ilulissat, barat Greenland pada 30 Jun lalu. - AFP

PITUFFIK, GREENLAND – Lopak air yang terkumpul di dalam aisberg di luar pantai Greenland menjadi petanda bahawa pencairan lapisan ais berlaku lebih pantas daripada jangkaan, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin. 

Cuaca panas luar biasa sejak beberapa hari lalu di utara Greenland menyebabkan pencairan pesat di mana ais mencair dan airnya mengalir ke laut.

Suhu di rantau berkenaan pada tahun ini mencatat bacaan 15.5 darjah Celsius, 10 darjah lebih panas daripada biasa, kata saintis-saintis kepada CNN.

Jumlah ais yang cair di Greenland antara 15 Julai hingga 17 Julai sahaja dilaporkan sekitar enam bilion tan sehari. 

Angka tersebut cukup untuk mengisi 7.2 juta kolam renang saiz Olimpik, demikian menurut kenyataan Pusat Data Salji dan Ais Kebangsaan Amerika Syarikat.

Menurutnya, ais yang mencair itu juga cukup untuk membanjiri seluruh negeri Virginia Barat dengan air setinggi 30.38 sentime­ter (1 kaki).

“Kadar pencairan di utara Greenland pada minggu lalu tidak normal berbanding purata suhu yang direkodkan sejak 30 hingga 40 tahun lalu. Pencairan mening­kat dengan banyak pada tahun ini,” kata seorang saintis kanan Pusat Data Salji dan Ais Kebangsaan di Universiti Colorado.

Bagi saintis-saintis, situasi itu adalah membimbangkan.

“Ia sudah tentu membimbangkan saya. Semalam kami bersiar-siar dengan hanya memakai baju-T. Perkara ini sama sekali tidak dijangka,” kata seorang penyelidik di Universiti Texas, Kutalmis Saylam yang ditempatkan di utara Greenland.

Setiap kali musim panas, saintis-saintis bimbang untuk melihat pengulangan pencairan di mana rekod baharu dicatatkan pada 2019 apabila 532 bilion tan ais yang cair mengalir ke laut. 

Gelombang haba pada Julai tahun ini menyebabkan hampir seluruh permukaan lapisan ais mencair. Akibatnya, paras laut global meningkat secara kekal sebanyak 1.5 milimeter. 

Greenland mempunyai ais yang cukup untuk menaikkan paras air laut kepada 7.5 meter di seluruh dunia. Penyelidikan terkini menunjukkan keadaan di pulau-pulau paling berais di Hemisfera Utara menjadi semakin tidak menentu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI