fbpx

Minum 3 cawan kopi sehari mampu panjangkan usia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Individu yang minum kopi antara dua ke empat cawan sehari tanpa mengambil kira jenis gula yang digunakan mampu hidup lebih lama berbanding yang tidak mengambil kopi. – Getty Images

BEIJING – Satu kajian mendapati  individu yang minum kopi antara dua hingga empat cawan sehari tanpa mengambil kira jenis gula yang digunakan, mampu hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak mengambil minuman tersebut, lapor akhbar New York Post semalam.

Kajian tersebut dilakukan sekumpulan saintis  Universiti Perubatan Selatan dan Universiti Jinan di Guangzhou.

“Kajian terdahulu mencadangkan hubung kait antara pengambilan kopi dan pengurangan risiko kematian, namun tidak membezakan antara kopi yang diminum dengan gula atau pemanis tiruan serta kopi kosong,” kata pengarang utama kajian,  Dr. Dan Liu.

Dalam kajian yang berlangsung dari 2006 hingga 2010 itu, semua responden menjawab sekurang-kurangnya satu kertas soal selidik mengenai diet, termasuk tabiat minum kopi serta tidak menghidap penyakit kanser atau kardiovaskular.

Sebanyak 55.4 peratus peserta mengaku minum kopi tanpa gula atau pemanis, selain 14.3 peratus minum kopi bersama gula, 6.1 peratus menambah pemanis tiruan dan 24.2 peratus lagi tidak meminum kopi.

Peminum kopi kemudian dianalisis berdasarkan jumlah cawan kopi yang diambil sehari.

Hasil sepanjang tempoh kaji selidik itu mendapati seramai 3,177 responden meninggal dunia termasuk 1,725 yang menghidap kanser dan sakit jantung.

Selepas mengambil kira gaya hidup dan faktor perubatan yang boleh memberi kesan kepada risiko kematian, penyelidik mendapati bahawa peminum kopi mampu hidup lebih lama. Keadaan itu tidak kira sama ada mereka menambah gula atau jenis kopi yang diminun.

Manfaat paling ketara adalah dalam kalangan kumpulan yang meminum kopi antara dua ke empat cawan sehari, di mana risiko kematian awal adalah 30 peratus lebih rendah berbanding pengguna lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI