fbpx

Dikecam isi petrol Lamborghini sambil rakam video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar wanita merakam sambil mengisi minyak.

PETALING JAYA – Seorang wanita dikecam pengguna media sosial berikutan tindakannya mengisi petrol kenderaan jenis Lamborghini sambil merakam video menggunakan telefon bimbit, sekali gus mengambil ringan faktor keselamatan.

Menerusi video tular di media sosial, wanita itu mahu menunjukkan kepada pengguna jumlah bayaran bagi isian penuh untuk supercar itu iaitu sebanyak RM400.

Berdasarkan komen ditinggalkan pengguna media sosial, mereka mengecam perbuatan wanita tersebut, malah mengingatkannya mengenai larangan penggunaan telefon bimbit di stesen minyak.

“Tidak reti fikir bab keselamatan diri, orang lain dan premis minyak. Menyusahkan orang,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Bila pergi sekolah, tapi tidak tahu undang-undang. Di stesen minyak tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit,” marah seorang lagi pengguna. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI