fbpx

Gagal seludup 600 liter diesel guna Toyota Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP memeriksa sebuah Toyota Hilux yang membawa beberapa tong diesel berisi 600 liter di SJR Stesen Timbang JPJ, Tanah Putih dekat Gua Musang semalam. FOTO IHSAN KPDNHEP

GUA MUSANG – Cubaan seorang lelaki menyeludup kira-kira 600 liter minyak diesel menggunakan sebuah trak pikap gagal apabila dia ditahan semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) di Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Tanah Putih di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Gua Musang, Mohd. Koma Shapii berkata, ketika kejadian, lelaki itu dalam perjalanan melalui jalan Gua Musang-Kuala Lipis dengan memandu trak pikap jenis Toyota Hilux.

Katanya, semasa tiba di SJR Stesen Timbang JPJ, anggota penguat kuasa memeriksa bahagian belakang kenderaan itu dan menemui beberapa tong berisi 600 liter diesel bernilai RM1,200.

“Pemandu Toyota Hilux gagal mengemukakan dokumen atau permit pemilikan barang kawalan diesel itu,” katanya.

Menurut Mohd. Koma, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan JPJ atau agensi penguatkuasaan lain dalam melaksanakan SJR bagi membendung ketirisan barang kawalan di pintu masuk negeri ini secara kerap.

Katanya, operasi bersepadu dijalankan melibatkan pemeriksaan ke atas barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta yang dikuatkuasakan KPDNHEP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI