fbpx

30 projek bernilai RM100 juta ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa

KUALA LUMPUR – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan telah mengenal pasti sebanyak 30 projek bernilai RM100 juta bakal ditangguhkan.

Jelas Ahli Parlimen Jeli itu, projek ditangguhkan itu adalah yang disenaraikan untuk tahun 2022 namun belum lagi dimulakan, tidak diiklankan dan tidak dilakukan perolehan.

“Projek mega seperti Transit Aliran Massa (MRT 3), Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Pan Borneo masih terus berjalan seperti biasa.

“Setakat ini hasil libat urus mendapati sebanyak 30 projek yang melibatkan kos RM100 juta serta kecil saja bilangannya. Seperti saya cakap, projek belum diiklankan, belum ada apa-apa persiapan,” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Fahmi Fadzil (PKR-Lembah Pantai) yang ingin tahu mengenai perancangan kerajaan berkaitan dasar menangguh atau membatalkan projek-projek baharu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI