fbpx

Ibu didakwa bunuh anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMBAKAVALI dibawa ke Mahkamah Majisyret Batu Pahat hari ini bagi berdepan tuduhan membunuh anak perempuannya, 14 Julai lalu.

BATU PAHAT – Seorang ibu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian anak kandungnya yang berusia 11 tahun pada 14 Julai lalu.

Tertuduh, Sembakavali, 34, hanya tunduk lesu dan mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Tiada pengakuan direkod daripada wanita berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh menyebabkan kematian terhadap anaknya, N. Maha Lechumi, 11, pada pukul 4.55 petang, 14 Julai lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kediaman bernombor 21, Jalan Tropika 14, Taman Bukit Tropika, Yong Peng di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sakit kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati.

Berita berkaitan: Kanak-kanak ditemui mati dalam rumah, leher terjerut

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Izzati Rozman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nurasidah kemudiannya menetapkan 13 September depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Pada 15 Julai lalu, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dengan kesan jerut di leher dan kesan luka di dahi di rumahnya dekat Taman Bukit Tropika, Yong Peng.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata, mangsa didapati mempunyai luka di dahi dan kesan jerut di bahagian leher dalam kejadian jam 4.55 petang. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI