fbpx

Bekas suami kurangkan nafkah, alasan ada keluarga baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam syarie, Suriati Ghani memberi panduan kepada seorang wanita berhubung tuntutan bekas suaminya yang memohon mengurangkan nafkah.

PETALING JAYA – Suami minta kurangkan nafkah daripada RM1,000 sebulan untuk tiga anak kepada RM200 sebulan, dengan alasan mempunyai keluarga baharu.

Itu dihadapi seorang wanita yang diceritakan oleh peguam syarie, Suriati Ghani berhubung tindakan bekas suami wanita tersebut membuat tuntutan memohon supaya nafkah dikurangkan.

“Perintah asal RM1,000 sebulan, minta kurang jadi RM200 untuk tiga anak. Sampai hakim tanya bekas suami, anak kamu mahu makan apa RM200 sebulan bahagi tiga orang.

“Alasannya ada keluarga baharu perlu ditanggung,” katanya pada hantaran Facebook.

Dalam pada itu, beliau berkata, wanita itu tidak mampu untuk melantik peguam dalam menangani kes tersebut.

“Saya beri panduan bagaimana membuat pembelaan untuk menjawab tuntutan. Sudah alang-alang kes ubah perintah nafkah anak, tuntut balas terus naikkan jumlah nafkah dan ubah cara bayaran dengan potong gaji bekas suami.

“Semoga dipermudahkan urusan seterusnya selepas ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI