fbpx

Sesak dua jam lori terbalik angkara brek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori tangki dan BMW yang terlibat dalam kemalangan tersebut

KUALA LANGAT – Pengguna jalan raya di atas Jambatan Telok Datok di Kilometer (KM) 32 Jalan Klang- Banting- Port Dickson di sini terpaksa mengharungi kesesakan lebih dua jam susulan lori tangki terbalik kerana breknya tidak berfungsi, lewat petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.25 petang itu, kesesakan sejauh dua km itu berlaku sewaktu orang ramai pulang dari bekerja.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, berdasarkan siasatan kemalangan berlaku apabila lori tangki seberat 30 tan dalam perjalanan ke Banting dari Klang.

Katanya, setiba di lokasi kejadian didapati brek lori berkenaan tidak berfungsi dan menyebabkannya mengundur ke belakang secara sendiri serta hilang kawalan sehingga melanggar penghadang jalan.

“Kemudiannya, lori tangki itu juga turut melanggar sebuah kereta jenis BMW 5 Series sebelum terbalik secara melintang menutupi kedua-dua lorong laluan dari arah Klang.

“Ini menyebabkan kesesakan sejauh dua km di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, akibat itu laluan dari Klang menghala ke Banting ditutup dan laluan kontra terpaksa dibuka bagi melancarkan aliran trafik.

Tambah Ahmad Ridhwan, lori tangki berjaya dialihkan kira-kira pukul 9.50 malam tadi.

“Kedua-dua pemandu lori dan BMW berusia 30an itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian sedang dijalankan pihak bomba,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI