fbpx

Liga Super: KL City sekadar seri dengan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Kl City, Akram Mahinan ditarik pemain Selangor, Fazly Mazlan (kiri), pada perlawanan Liga Super 2022 Selangor menentang KL City, di Stadium MBPJ, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

KUALA Lumpur City terus dihantui masalah ketumpulan jentera serangan apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Selangor pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Paling perit buat pengendali KL City, Bojan Hodak pastinya menjurus kepada kegagalan anak buahnya memanfaatkan kelebihan seorang pemain dan kegagalan Romel Morales menyempurnakan sepakan penalti di pertengahan babak kedua.

Pada minit ke-21, Fakrul Aiman Sidid sepatutnya sudah mampu meletakkan KL City di depan sebaliknya percubaan yang dilakukan berjaya disekat oleh Sharul Nazeem Zulpakar.

Minit ke-36, penyokong tuan rumah akhirnya ceria untuk meraikan jaringan pembukaan menerusi ketua pasukan, Brendan Gan namun 10 minit selepas babak kedua bersambung, Red Giants dihimpit tekanan apabila Ahmad Zikri Khalili dilayangkan kad merah dan pengadil perlawanan, Mohd Nafeez Abd Wahab tidak teragak-agak untuk menghadiahkan sepakan penalti buat KL City.

Bagaimanapun, peluang keemasan berkenaan gagal disempurnakan oleh Morales namun bintang import dari Colombia itu pantas menebus kecewa apabila menanduk masuk gol penyamaan pada minti ke-68.

Di Stadium Hang Jebat, Sony Norde muncul wira Melaka United untuk meledak gol penyamaan ketika mengikat Petaling Jaya City 2-2.

Minit ke-35, Emmanuel Oti menyerlahkan kualiti gelecekan menarik selepas berjaya mengatasi kawalan tiga pemain lawan sebelum melakukan tolakkan mudah untuk jaringan pertama Melaka United.

Selang lapan minit selepas itu, kesilapan Syazwan Andik Ishak yang gagal mengeluarkan bola dengan lebih baik membuka peluang buat Darren Lok meledak gol penyamaan PJ City.

Aksi lebih menarik dapat disaksikan di babak kedua namun tuah seakan lebih berpihak kepada PJ City yang meraih gol kedua menerusi ketua pasukannya, K Gurusamy pada minit ke-64.

Namun minit ke-76, kesilapan Mahalli Jasuli mengundang padah dan Norde bijak melakukan lencongan ke arah kiri gawang lawan untuk menoktahkan jaringan penyamaan buat Melaka United. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI