fbpx

MFL benarkan pasukan daftar sembilan pemain import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STUART mendedahkan MFL memperuntukkan sejumlah 78,000 tiket untuk aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.

KESEMUA kelab dibenarkan mendaftarkan sehingga sembilan pemain import bagi menghadapi format baharu Liga Super bermula musim depan.

Keputusan ini menjamin kesamarataan buat semua pasukan kerana ketika ini hanya kelab yang miliki ‘feeder club’ yang dibenarkan mendaftar pemain import sehingga sembilan orang.

Bagaimanapun, setiap kelab hanya boleh mendaftarkan enam import dalam satu-satu perlawanan dan hanya lima pemain dibenarkan berada dalam padang manakala satu lagi akan berperanan sebagai pemain gantian.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, sembilan import bukan syarat wajib dan ia bergantung kepada kemampuan kewangan setiap kelab yang mengambil bahagian.

Kami memahami bahawa perubahan tidak selalunya mudah tetapi kadangkala keperluan tidak boleh diabaikan. Kami berharap semua pihak yang berkepentingan terbuka kepada penstrukturan semula dan menyahut cabaran ini untuk mengembangkan bola sepak Malaysia ke arah tuntutan bola sepak moden.

“Sebelum ini, hanya kelab yang ada ‘feeder club’ yang ada sembilan import dan kali ini kita beri kesamarataan. Semua kelab akan ada kuota sama,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Luar Biasa (EGM) hari ini.

Menerusi EGM juga, MFL sudah pun mendapat persetujuan daripada semua rakan kongsi dan pengstrukturan dibuat bagi memastikan saingan Liga Malaysia (Liga M) kekal relevan dengan arus pemodenan masa kini termasuk dalam aspek komersial dan pembangunan pemain.

Penganjur Liga M itu turut mengesahkan Liga Super musim depan bakal membabitkan 18 pasukan manakala Liga Premier akan dimansuhkan buat seketika dan digantikan dengan Liga Simpanan bagi memberi lebih banyak peluang kepada pemain Bawah 23 tahun mendapatkan minit permainan.

Ini bermakna, setiap pasukan Liga Super bakal bermain 34 kali dan langkah ini bagi memenuhi saranan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI