fbpx

Pengantin minta tetamu bayar RM500 untuk hadir majlis perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Carla telah membelanjakan hampir AS$48,000 (RM213,591) untuk majlis mewah tersebut. – Daily Advent

LONDON – Seorang model di Britain dikecam netizen kerana meminta tetamu majlis perkahwinannya membayar sebanyak AS$112 (RM498.40) bagi menghadiri majlis tersebut, lapor laman berita Wion News semalam.

Carla Bellucci, 40, bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang berusia 52 tahun, Jovani.

Majlis tersebut akan berlangsung di Cape Verde, sebuah negara kepulauan di perairan Afrika Barat.

Menurut laporan, Carla meminta tetamu untuk membayar sebanyak AS$112 (RM498.40) bagi menghadiri majlis tersebut selain membayar sendiri kos makanan, tiket penerbangan serta penginapan hotel.

Dia dalam masa sama,  turut membelanjakan hampir AS$48,000 (RM213,591) untuk majlis mewah tersebut.

Menurut beberapa laporan media, Carla dan Jovani telah menempah beberapa ekor kuda putih, gaun mewah serta membelanjakan kira-kira AS$7,500 (RM33,373) untuk cincin perkahwinan. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI