fbpx

‘Casing’ telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penerangan Dr. Hannani Kamarudin berhubung risiko penggunaan sarung telefon bimbit berat.

PETALING JAYA – Hati-hati dalam pemilihan sarung (casing) telefon bimbit kerana ia berisiko menyebabkan anda mengalami penyakit tendinitis.

Itu nasihat daripada pengamal perubatan swasta, Dr. Hannani Kamarudin berkongsi risiko kepada pengguna yang menggunakan sarung telefon bimbit berat.

“Penyakit tendinitis ini adalah penyakit lenguh pergelangan tangan kerana memegang telefon bimbit terlalu lama.

“Mereka yang mengalaminya akan merasa kebas dan kaku walaupun sedang tidur serta tidak memegang telefon bimbit,” katanya menerusi penerangan pada video tersebut.

Beliau juga menceritakan ada pesakit datang bertemunya mengalami lenguh di tangan selain terjaga daripada tidur di waktu malam kerana merasa sakit di tangan.

“Tidak pernah jatuh dan kemalangan pada tangan tersebut. Setelah diperiksa, perkara yang kita sangka remeh sebenarnya bahaya iaitu sarung telefon,” ujarnya.

Sehubungan itu, Dr. Hannani menasihatkan pengguna supaya memilih sarung telefon yang ringan dan selesa untuk tangan atau menggunakan pemegang (stand) bagi penggunaan dalam tempoh lama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI